0

3

PENYANYI dan pelakon Elyana mengambil pendekatan cuba menggenakan tudung pada setiap hari Jumaat sejak tiga tahun lalu.##

Menurut selebriti berusia 29 tahun itu langkah tersebut diambil sebagai salah satu daripada usahanya untuk menjadi wanita Muslim yang lebih baik.##
“Memang setiap hari Jumaat saya akan memakai tudung. Tambah pula saya mempunyai kelas pengajian al-Quran pada hari berkenaan.#
5
2
“Bukanlah hendak berlatih, tetapi Insya Allah ia adalah langkah pertama ke arah kebaikan. Alhamdulillah, saya selesa setiap kali berbuat demikian. Lagipun, adik-beradik saya semuanya sudah bertudung,” katanya dipetik Berita Harian.#
Semoga langkah kecil Elyana ini akan membawanya ke sebuah penghijrahan yang lebih besar di masa akan datang. InsyaAllah. Semoga istiqamah Elyana! ##

Posting Komentar

 
Top